Wednesday, December 15, 2010

KESEMPATAN BERTEMU PRESIDEN PAS

0 comments

Sebelum ini saya hanya mendengar dan melihat melalui media megenai beliau,terutamanya TV dan akbar.Perbagai cerita megenainya dipaparkan yang sudah tentunya banyak yang buruk dari yang baik,tetapi Allah memberi peluang kepada Anak Tiram bertemu sendiri dengan seorang hamba Allah yang berpegang teguh dengan agamanya malah berazam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam secara total.
Sebaik saja Anak Tiram melihat dan sempat berbual-bual dengan beliau walaupun seketika,Anak Tiram dapat merasakan bahawa inilah pemimpin Islam yang di nantikan oleh rakyat Malaysia,dan Anak Tiram terus menolak apa yang dilaporkan oleh media selama ini.
Beliau adalah seorang yang amat sederhana dari segi berpakaian,pergaulan,perbualan,yang sudah tentunya jauh samasekali dengan pemimpin-pemimpi Negara yang ada.
Doa saya semoga Allah menetapkan hatinya untuk memperjuangkan Islam sehinga Islam benar-benar terlaksana di bumi Malaysia.
Takbir...Takbir..Takbir

Sunday, February 28, 2010

CERAMAH MAULIDUR RASUL

0 comments

Pada 25/03/2010 Anak Tiram telah megadakan ceramah sempena sambutan Maulidurrasul. Alhamdullilah Anak Tiram bersyukur kepada Allh kerana memberi kekuatan, kesepatan serta peluang untuk meganjurkan majlis ilmu seperti ini.
Penceramah pada malam itu ialah Af Ust Abdulah Isa dari Baling Kedah, beliau banyak menyentuh tentang kelahiran Nabi serta kehidupannya.
Nabi telah meningalkan kita 1400 tahun lebih, tetapi hingga sekarang orang yang megaku dirinya islam dan beriman dengan Agama yang di bawa oleh Rasullulah s.a.w setiap tahun akan meraikan hari kelahirannya, menunjukan betapa sayang, kasih dan cintanya kita kepada Nabi junjugan s.a.w. Walaupun kita tidak pernah jumpa, hidup mahupun kenal secara peribadi dengannya.
Mungkin ramai yang megadakan majlis hari jadinya sendiri, anak-anak, suami/isteri, tetapi jarang-jarang kita megadakan majlis hari jadi Ibu/Bapa kita, bagai mana dengan atuk/nenek kita?, kita telah mula lupa dan Anak Tiram yakin dan percaya bahawa kita bukan sahaja tidak tidak meraikan hari lahir atuk/nenek kita malah kita langsung tak tahu tarikh lahir mereka.
Zaman sekarang anak muda lebih megigati hari lahir artis-artis pujaan mereka daripada hari kelahiran Nabi, mereka lebih megenali artis daripada Rasulluah s.a.w.
Atas alasan itulah Saya meganjurkan majlis-majlis ilmu seperti ini. Ini merupakan majlis ilmu siri pertama dalam tahun 2010, saya merangcang akan megadakan siri majlis ilmu seperti ini setiap bulan.

LAWATAN KE TASIK CHINI,PAHANG

0 comments




Tuesday, February 9, 2010

ALLAH & JUARA RAKYAT

0 comments

Anak Tiram terpangil untuk meluahkan pendapat mengenai cerita-cerita panas yang berlaku dalam Negara ketika ini. Anak Tiram rasa tidak terlalu lewat untuk memberi pendapat.
Anak Tiram bermula dengan isu Allah, Anak Tiram merasakan ini bukanlah masa untuk kita menuding jari mencari siapa yang salah atau benar. Anak Tiram suka megajak pengunjung blog ini untuk megimbas apa terjadi 3 atau 4 tahun lepas. Siapa yang menhina Nabi (yang megatakan nabi tidak cukur jangut kerana tidak ada pisau cukur)? Nabi orang yang kuat sax? Siapa yang menolak hukum Allah (yang megatakan hukum Allah tidak sesuai padazaman sekarang)? Siapa yang menolak ayat-ayat Al-Quran (yang megatakan tidak ada ayat Al-Quran yang melarang kita berjudi)? sebenarnya banyak lagi kisah-kisah tentang penghina Nabi dan penolakan hukum-hukum Allah.
Persoalannya siapah yang mulakan dahulu bukankah kita sendiri, kita yang megaku bahawasanya kita menjadi saksi Nabi itu pesuruh Allah dan tidak ada tuhan yang patut disembah selain dari Allah. Tetapi malangnya kita sendiri yang menolak Allah dan menghina kekasihnya. Bagaimana kita nakkan kaum-kaum lain menhormati agama yang kita anuti? Bagaimana kita nak menjadi contoh kepada kaum lain sepertimana yang dituntut Allah? Bagaimana kita nak berdakwah dengan mereka? banyak persoalan yang perlu kita tanya kepada diri kita.
Sekiranya kita yang megaku sebagai orang Islam tidak mempertahankan Agama kita si
apa lagi, kita jangan menharapkan orang lain yang akan memperjuangkan Agama kita. Kita sebagai jenerasi yang terdedah dengan dunia IT tidak sepatunnya kita tertumpu kepada media yang sedia ada, banyak sumber-sumber rujukan seperti blog dan lain-lain untuk kita jadikan bahan cambahan minda sebelum kita membuat keputusan atau menuding jari.

Juara Rakyat
Anak Tiram merasakan kita tak perlu jadikan ianya satu kempen, kerana rakyat di Negara kita sekarang terdiri dari mereka yang cerdik pandai, yang pastinya boleh menilai siapakah yang menjadi JUARA di hati mereka.
Anak Tiram keliru apakah kerajaan yang ada sekarang ini cuba megatakan bahawa mereka telah megabaikan rakyat Negara ini selam lebih 50 tahun mereka memerintah, dan apabila rakyat telah mula melihat ada parti lain yang boleh mereka bergantung harap lalu mereka mewujutkan berbagai-bagai kempen untuk memikat semula hati rakyat. Apakah rakyat termakan pujuk rayu setelah hati mereka terluka setelah sekian lama.
Setelah lebih 50 tahun memerintah kita lihat masih ramai rakyat yang melarat, tidak mempunyai tempat tingal, tidak mempunyai tanah,malah kais pagi makan pagi kais petang makan malam.
Indeks rasuah semangkin meningkat dikalangan kakitanggan kerajaan yang paling menyedihkan adalah ajensi kerajaan yang paling kita harapkan untuk menjaga keselamatan kita menjuarai indeks rasuah iaitu Polis Di Raja Malaysia (Polis Raja di Malaysia)
Wakil Rakyat yang kita lantik menjadi kaya raya dalam sekelip mata begitu juga dengan kaum keluarga mereka. Apakah kita lantik mereka untuk menjadi wakil kepada kita, untuk menceritakan tentang betapa susahnya kita sebagai rakyat bawahan atau mereka menjadi wakil kepada kaum keluarga mereka dan cuma mengambil berat tentang kaum keluarga mereka sahaja.
Apa yang pasti rakyat telah mula sedar siapakah JUARA RAKYAT yang sebenarnya dan rakyat telah mula muak dengan janji-janji manis yang cuba ditaburkan oleh pemimpin kerajaan. Buatlah berbagai-bagai kempen, berbagai-bagai selogan. Usahlah Kerajaan menghabiskan duit rakyat untuk menjayakan kempen, adalah lebih baik duit itu digunakan untuk membantu rakyat.
Sebenarnya JUARA ataupun TIDAK di tentuka oleh rakyat bukannya pada kempen yang di buat.
Wallahwalam, anak tiram sekadar meluahkan pendapat sebagai anak Melaysia yang mempunyai hak, dan hidup dalam sebuah Negara yang dikatakan sebuah Negara yang demokrasi.




Wednesday, January 20, 2010

PERJALANAN ANAK TIRAM SEPANJANG 2009

0 comments

Kuliah bulanan sepanjang 2009 yang anak tiram anjurkan bertempat di rumah anak tiram sendiri. Kuliah ini adalah diantara saluran dakwah yang anak tiram sediakan untuk keluarga serta masyarakat setempat.
Kuliah ini diadakan selepas solat Isyak. Diantara guru yang memenuhi jemputan ialah;
Ust Syed Sharim
Ust Nazrul Izwan
Alhamdilillah setiap kali kuliah berjalan tak kurang dari 20 orang jiran tertangga dan sahabat handai berseta muslimat yang hadir.
Ini merupakan satu usaha yang anak tiram dapat lakukan setakat
ini, semoga Allah beri kekuatan pada anak tiram untuk teruskan usaha ini pada tahun akan datang.







Anak Tiram cukup bersyukur kepada Allah kerana anak tiram di beri kesepatan untuk melihat kebesarannya dibumi Indonesia. Anak Tiram di deri kesempatan berada di bumi tersebut bersama rakan-rakan walau pun berada di sana hanya beberapa hari tetapi banyak tempat-tempat yang menarik yang membuatkan anak tiram megigati tentang kebesaran Allah, bertapa kerdilnya kita sebagai manusia dan apakah segala kecantikan, keunikan dan keanihan ini akan terjadi tampa keizinan dari tuan yang ampunya dunia. Tidak hairanlah Negara ini mempunyai sebuah Masjid
yang Terbesar di Asia Tenggara kerana Negara ini mempunyai penduduk Islam teramai di Dunia.







Ini adalah antara musibah yang melanda kampung Anak Tiram, Ini adalah kali pertama peristiwa seumpama ini berlaku disini. Anak Tiram dan rakan-rakan cuba sedaya upaya membantu orang kampung membaiki rumah, sekolah agama, masjid dan sebagainya. Ini mungkin amaran dari Allah supaya kita selalu megigatinya, mungkin selama ini kita leka dengan kesonokan dunia sehinga kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.










Sebenarnya banyak lagi peristiwa pahid manis yang anak tiram lalui sepanjang 2009, ini merupakan sebahagian dari episod yang dapat anak tiram paparkan.

Thursday, January 7, 2010

SEKITAR PENDAFTARAN SEKOLAH

0 comments

Pada 3/1/2010 anak saya mendaftar masuk Sekolah Menegah Agama Maahad Islahiah Addiniah bertempat di batu 10,Lekir Sitiawan, dan tinggal di asrama. Saya rasa amat bersukur kerana diterima masuk ke sekolah menegah Agama, kerana sudah memang cita-cita saya untuk menyekolahkan anak-anak saya ke sekolah Agama.
Bukan kerana saya tidak mempercayai sekolah-sekolah aliran yang lebih kepada akedemik tetapi saya melihatkan anak saya lebih cenderong kepada aliran Agama.
Apa yang saya harapkan dia tekun belajar seterusnya berjaya dalam megejar cita-citanya, yang sudah tentunya bukan sekadar berjaya di dunia tetapi berjaya di akhirat.
Saya juga menharapkan dia dapat menjadi contoh kepada adik-adiknya.
Igat kejayaan tidak akan datang mengolek sekiranya tanpa usaha dan pengorbanan. Korbankanlah masa muda mu untuk kejayaan di hari tua mu.



Kami sebagai Ibu dan Ayah mendoakan semoga kamu menjadi seorang muslimah yang berjaya. Igatlah wahai anak ku "kejayaan akan datang adalah bermula dari langkah pertama yang kamu lakukan hari ini.
"ya Allah kau berikan lah kejayaan kepada anak ku dan jadikanlah dia seorang muslimah yang kental mempertahankan agamanya"....amin

Sunday, December 27, 2009

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1431

0 comments

Pada 18/12/09 bersamaan 1 Muharram 1431 H, aku dan keluaraga megambil keputusan untuk megadakan ceramah sempena menyambut tahun baru Islam di perkarangan rumah sewa kami.program ini kami adakan adalah dengan beberapa tujuan di antaranya adalah;
1) Untuk menyedarkan masyarakat khususnya generasi muda sekarang yang semakin lupa tentang Tahun Islam dan sejarahnya.
2) Menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi Allah untuk menyebarkan Agama Allah.
3) Menjadikan program sebegini sebagai wadah untuk masyarakat kg sungai Tiram ini mendapat sedikit Ilmu.Selain menonton TV yang kebanyakannya menyedikan rancagan-rancagan yang melalaikan dan seterusnya melupakan kita akan MATI.

Alhamdulillah program pada malam tersebut mendapat sambutan yang baik dari orang kampung,hingga ada yang meminta diadakan lagi parogaram sebegini.
Tetapi sayang Anak Tiram tidak dapat memaparkan gambar program tersebut kerana kamera hilang.
Antara agenda malam tersebut;
- Ceramah Maal Hijrah oleh Ust Nazrul Izwan
- Peyampaian bantuan beras kepada 20 orang fakir miskin,di sampaikan oleh Ust Syed Shahrim
YDP/Mudir Komplek Pendidikan Manabi'ul Ulum
Program tersebut di pengerusikan oleh saudara Azizan

Program tersebut telah ditaja sepenuhnya oleh GROWTH ACTIVE ENTERPRISE

Semoga Allah memberi kekuatan kepada Anak Tiram untuk terus megadakan program sebegini,inilah sedikit usaha Anak Tiram untuk berdakwah semoga usaha ini menjadi jawapan takkala Anak Tiram bertemu dengan Allah nanti.
Bukan tujuan Anak Tiram hendak megajar tetapi untuk igat megigati antara sesama insan.